Sindiket Dadah | Suami isteri ditahan dipercayai ahli sindiket

2022-09-22 0

Walaupun berselindung di sebalik perniagaan bengkel kereta, sindiket pengedaran dadah jenis ganja, tumpas dan enam suspek termasuk pasangan suami isteri ditahan polis pada Isnin lalu.

Semua suspek berusia antara 31 dan 56 tahun ditahan dalam serbuan berasingan membabitkan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah.